Pengacara dan pelakon Neelofa antara usahawan yang dikagumi ramai. Bukan saja mendapat tempat dalam dunia hiburan, malah mendapat kepercayaan untuk menjadi duta jenama antarabangsa.
Walaupun kariernya amat cemerlang, namun dalam soal cinta dia mengakui bahawa ramai lelaki yang takut untuk dekati dirinya.
Namun, seorang individu memberikan sebab yang mungkin sedikit sebanyak menjawab persoalan tersebut.
Individu tersebut memberikan sebab dan pandangan sebagai seorang lelaki. Lebih mengejutkan, menurut ‘lelaki’ tersebut Neelofa tidak memiliki ciri-ciri seorang isteri yang diinginkan oleh kaum lelaki.