fbpx

Suplemen Untuk Bayi, Neelofa Dikritik Ramai

Baru-baru ini, Neelofa telah mempromosikan satu produk di Instagram Stories. Bagaimanapun melalui beberapa penerangan tentang apa yang dipromosikannya itu mengundang rasa kurang senang di kalangan masyarakat kerana melibatkan bayi.

BACA: Neelofa Bengang Wanita Ditampar Tak Pakai Tudung

Melalui perkongsian di laman Twitter itu juga, ramai wanita yang menyuarakan kebimbangan terhadap produk yang dipromosikan tersebut yang menyenaraikan bayi juga boleh mendapatkan produk tersebut.

Malah warga laman sosial itu juga turut mendapatkan pandangan daripada akaun seorang doktor bagi menjelaskan kepentingan produk tersebut kepada bayi mahu pun kanak-kanak.

Ada yang tidak terus mengecam namun memohon agar Neelofa selepas ini berhati-hati dalam mempromosikan sesuatu produk. Apa yang pasti, Neelofa tentu mempunyai jawapan terhadap perkara tersebut. (rtky/s)