fbpx

Izreen Azminda: Suami Minta Rahsiakan Perkahwinan

Ketika heboh perkahwinan Izreen Azminda bersama suami orang diperkatakan, ramai mempertikaikan tindakan mereka menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan isteri pertama. Ingin meleraikan kemarahan, Izreen menjelaskan keputusan itu dibuat atas permintaan suami.

BACA: Izreen Azminda: Bukan Rampas, Hanya Tumpang Kasih

“Memandangkan status saya sebagai isteri, saya terpaksa akur dgn permintaan suami. Suami minta supaya tidak menghebahkan berita ini sementara waktu memandangkan ini adalah pernikahan kali kedua saya”

“Saya faham status saya sebagai seorang selebriti seharusnya saya berkongsi berita ini. Saya ingin memohon maaf kerana tidak memberitahu berita ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai status saya”

Selain itu, Izreen turut memohon maaf kepada peminat kerana merahsiakan perkahwinannya sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi. Dalam masa yang sama, Izreen berharap tiada lagi cakap-cakap mengenai hal ini sebagaimana beliau mahu melayari perkahwinanya dengan bahagia.

“Saya harap hentikanlah sebarang kenyataan yang anda sendiri tidak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga kami dan jangan cepat menjatuhkan hukum dengan apa yg anda baca dan lihat,” jelasnya kepada m Star Online. (rtky/w)