fbpx

“Saya Mahu Anak Lagi” – Awie

Tahniah buat Awie dan pasangan yang baru sahaja selesai melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka secara tertutup semalam di Tadom Hills Resorts baru baru ini. Kata Awie, buat ketika ini belum ada berita gembira untuk dikongsikan namun tidak menolak untuk menambah bilangan cahaya mata.

BACA: Gambar Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Awie Dan Isteri

“Soal anak, saya masih lagi mencuba. Tetapi saya memang ingin anak untuk perkahwinan kali ini. Lagipun saya memang mahu anak ramai. Cuma umur saya sudah mencecah 49 tahun. Sekurang-kurangnya dikurniakan satu atau dua zuriat pun saya sudah bersyukur,” katanya kepada Utusan Online.

Jelas Awie lagi, dia berharap agar rumahtangga yang dibinanya kali ini mampu untuk mengembalikan kemeriahan berkeluarga selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.

“Saya harap akan berkekalan hingga ke akhirnya dan saya juga sentiasa berdoa supaya Allah mengubah sikap buruk saya selama ini,” kongsinya lagi. Apa pun, semoga Awie dan keluarga akan terus dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)