Zul Ariffin Sedia Untuk Berumah Tangga

Walaupun enggan mendedahkan status hubungan cintanya bersama kekasih hati, namun Zul Ariffin menyatakan bahawa dirinya pada saat ini sudah bersedia untuk berumah tangga. Malah katanya lagi, jika sudah sampai waktunya untuk bernikah, beliau sama sekali tidak akan merahsiakannya dan berkongsikan berita gembira itu kepada semua.

BACA: “Maaf, Saya Tidak Akan Buka Mulut Soal Peribadi”

“Memang saya ada terfikir soal itu malah ada juga membincangkan hal ini dengan ibu saya. Bagi saya perkara itu normal memandangkan saya juga sudah berumur 31 tahun. Melihat rakan-rakan pulang ke rumah disambut isteri dan anak, saya juga ingin merasai perkara yang sama”

“Cuma buat masa ini saya yakin dengan aturan Allah, pada waktu sekarang juga saya masih berusaha keras untuk mendapatkan kehidupan yang lebih stabil. Perlu faham sebagai lelaki tanggungjawab yang dipikul selepas kahwin itu berat,” katanya kepada Utusan Online.

Siapa yang tidak mahu berkahwin bukan dan pada usia Zul yang sudah memasuki 31 tahun, beliau mengharapkan perkahwinan akan memberikan ketenangan kepadanya selepas seharian penat bekerja di luar. Terdahulu, apabila ditanyakan mengenai hubungannya bersama Zahirah MacWilson, Zul seolah berat untuk menjawabnya. Harapnya baik-baik sahaja. (rkty/w)

×