fbpx

Bekas Isteri Awie Mengaku Guna Bomoh

Rozana Misbun yang juga merupakan bekas isteri kepada Awie mengakui bahawa beliau pernah mengggunakan khidmat pengamal perubatan wanita atau bomoh yang bernama Maksu ketika beliau dan Awie masih tinggal bersama. Pengakuan itu telah didengari di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan semalam.

BACA: “Saya Akan Berjuang Habis Habisan Untuk Hak Jaga Anak”

“Saya bersama Awie dan pembantunya ada berjumpa dengan Maksu pada 2 Jun 2014. Saya dan Maksu saling mengenali sebelum perjumpaan itu lagi. Kadang-kadang saya akan berjumpanya untuk mandi bunga sebagai tujuan perubatan,” katanya kepada Kosmo Online berhubung dakwaan keatasnya itu.

Bagaimanapun, Rozana menafikan dakwaan mengatakan beliau dan Awie berjumpa dengan bomoh terbabit kerana bekas suaminya itu menghidu perbuatan kurafat yang dilakukannya di kediaman mereka selepas Awie sendiri menjumpai pelbagai barangan seperti tangkal dan botol berisi rambut, darah dan paku.

Rozana berkata demikian selepas disoal balas oleh peguam syarie, Mohd. Syafiq Norizan yang mewakili Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berhubung kes hada­nah iaitu penjagaan anak kekal terhadap tiga anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha. (rkty/w)

Kredit Gambar: Kosmo Online