Pelakon yang baru sahaja memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular, Fathia Latiff memberitahu dia begitu bersyukur dan berterima kasih kepada peminat-peminat yang tidak jemu-jemu menegur serta mendoakannya untuk bertudung selama ini kerana doa mereka selama ini telah dimakbulkan oleh Allah Taala.
BACA: Fathia Latiff: Rasa Lebih Dihormati Selepas Bertudung
“Apa yang kita buat ini adalah kerana Allah bukan kerana orang lain. Saya berterima kasih kepada mereka yang menegur saya untuk bertudung. Tapi daripada dulu lagi orang suruh saya pakai tudung cumanya ketika itu saya tak terbuka hati lagi kerana saya buat kerana Allah dan dia akan datang sendiri”
“Lagipun saya bukan terus pakai tudung selama ini, dia datang secara semulajadi apabila berlakon watak saya ada yang bertudung dan bila nak buka tudung rasa segan pula selepas itu. Saya ulang sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada semua peminat yang doakan saya untuk memakai tudung. Itulah doa peminat yang Allah makbulkan,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya juga mengenai isu bersentuhan apabila berlakon lelaki dan wanita, Fathia menjelaskan dia tidak berani untuk memberikan komen yang berlebihan kerana sebagai manusia biasa akan ada kesilapan yang akan berlaku kelak. Bila dan di mana hanya Allah yang mengetahui.
“Saya tak berani nak cakap soal ini. Kita sebagai manusia kadang-kadang tersalah langkah. Saya takut untuk bercakap sebab di masa depan kita tak tahu apa yang kita buat lagi. Saya cuba untuk jadi yang lebih baik, jadi saya berharap mereka mendoakan saya supaya menjadi muslimah yang baik,” ujarnya kepada Rotikaya. (rtky/h)