fbpx

Jamal Abdillah Idam Bertanding Pilihan Raya

Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah mendakwa jika diberikan peluang, beliau tidak akan menolak peluang untuk menjadi salah seorang calon yang bertanding didalam pilihan raya. Ini kerana beliau sendiri gemar mengikuti perkembangan politik negara.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

BACA: Jamal Abdillah: Saya Pun Bergurau, Jangan Hentam Nabil

“Buat masa sekarang saya tidak cenderung ke arah bidang itu lagi. Itu terpulang kepada kepimpinan kita, kalau kepimpinan politik kita rasa itu yang terbaik, rasanya tak mustahil. Saya suka mengikuti perkembangan politik semasa”

“Saya suka baca isu politik tapi saya bagi komen dari segi kemanusiaanlah, kadang-kadang dalam itu suka bertengkar, suka tuding jari pada yang lain, kita daripada bidang yang lain, kita melihatkan diri kita ini seperti manusia biasa,” katanya kepada portal Bernama.

Selain itu, beliau turut menceritakan serba sedikit tentang penglibatannya semasa Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) nanti dimana beliau bakal menyampaikan beberapa buah lagu dalam bahasa Iban untuk memenuhi permintaan penduduk di kawasan tertentu sepanjang kempen pilihanraya itu nanti. (rkty/w)