fbpx

Hans Isaac Sedia Berkahwin & Sedang Kenal Seseorang

Pelakon kacak, Datuk Hans Isaac yang sudah lama bergelar solo mendakwa bahawa beliau yang kini mencecah usia 49 tahun sememangnya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Malah, beliau juga akui sedang dilamun cinta dengan seseorang.

BACA: Hans Isaac, Ziela Jalil Dan Norman KRU Terima Gelaran Dato’

“Saya akui memang ada seseorang dalam hidup ini. Namun saya belum bersedia mengumumkan siapakah orangnya. Adakah dia artis atau orang biasa tunggulah masa yang sesuai. Andai tiba masa kami hendak berkahwin, saya dan dia akan beritahu kepada semua”

“Dengan usia sekarang dan keyakinan yang tinggi untuk berkahwin, saya juga yakin menyatakan andai saya berkahwin sekarang, saya boleh menjadi lelaki yang penyayang serta suami terbaik,” katanya kepada Harian Metro berhubung perkara berkenaan.

Selain itu, Hans juga ada mendedahkan bahawa beliau sama sekali tidak menyesal tidak berkahwin pada usia yang awal ini kerana beliau beranggapan, sekiranya berkahwin awal, perkahwinannya mungkin tidak bahagia dan mungkin akan berakhir dengan penceraiaan. (rkty/w)