fbpx

Leez Rosli, Aepul Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Leez Rosli dan juga suaminya, penyanyi utama kumpulan Drama Band, Noorsyaiful MD Zalaludin atau Aepul kerana selamat menyambut cahaya mata sulung mereka di sebuah hospital swasta di Bangi.

BACA: Leez Rosli Keguguran, Suami Redha Ketentuan Tuhan

Leez Rosli, Aepul Selamat Timang Cahaya Mata Pertama - ROTIKAYA_in

Bayi perempuan yang diberu nama Nur Safiyya Alisha itu selamat dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram. Perkara tersebut turut dikongsikan bersama oleh ahli kumpulan Drama Band di akaun Facebook mereka.

Sebelum ini, Leez pernah mengalami keguguran malah suaminya mengakui sedih dengan berita tersebut namun dalam masa yang sama mereka tidak pernah putus asa untuk mencuba mendapatkan zuriat. Semoga keluarga ini akan terus ceria di samping dilimpahkan rezeki. (rtky/s)