Melihatkan industri hiburan kini yang semakin ramai barisan artis wanita yang mula berhijab, Irma Hasmie menjelaskan bahawa pelakon-pelakon yang baru sahaja berhijrah agar tidak menyimpan perasaan kesal kerana tawaran lakonan yang terhad.
BACA: Di Sekitar Majlis Aqiqah Anak Kedua Irma Hasmie
“Ada artis saya lihat takut nak mengenakan syarat kepada pengarah ketika berlakon kerana mereka bimbang tiada tawaran lagi pada masa akan datang. Jangan risau pada rezeki Allah dan setiap orang yang berubah perlulah berani menegakkan sesuatu yang mereka mahu”
“Banyak cara rezeki yang Allah beri pada kita bila kita betul-betul berubah, saya dahulu lahir sebagai pelakon tetapi akhirnya diberi rezeki dalam bidang pengacaraan pula. Saya memang terpaksa tolak secara baik tawaran berlakon drama terutama apabila melibatkan penggambaran di luar dari Kuala Lumpur,” katanya kepada mStar Online.
Selain itu, Irma juga menjelaskan melalui bidang pengacaraan kini, dia mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama anak-anak berbanding ketika berlakon di mana kebanyakan masa dihabiskan di set penggambaran. Malah kini dia lebih selesa untuk menerima tawaran mengacara program televisyen. (rtky/s)