Seronok sungguh kami lihat Elfira Loy dan juga rakan-rakannya yang kini sedang bercuti di Greece. Apa yang lebih menarik, Elfira sempat mengingatkan dirinya di Instagram agar berbelanja dan membeli barangan yang diperlukan sahaja berada di luar negara.
BACA: Elfira Loy Bercuti Bersama Rakan Di Greece
Melalui gambar yang dikongsikna, Elfira sempat singgah sebentar di Manchester serta Liverpool dan kini berada di Santorini, Greece. Memang cantik-cantik gambar yang dikongsikan oleh pelakon dan pengacara yang comel berhijab ini.
Selain itu menurut Elfira di Instagram, niatnya untuk menjalankan penggambaran di Santorini juga sudah tercapai lebih-lebih lagi penggambaran tersebut adalah untuk jenamanya sendiri.
Apa pun, semoga percutian Elfira berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya. (rtky/s)