Adi Putra Ditahan Di Hospital, Isteri Bimbang

Adi Putra kini dilaporkan berada di Pusat Perubatan Prince Court di sini selepas disyaki terkena gejala cakera teranjak (slipped disc), malam tadi dan perkara tersebut membuatkan isteri tersayangnya bimbang lebih-lebih lagi apabila panggilan tidak dijawab.

BACA: Adi Putra Lawat Rumah Warga Emas, Jumpa Bakal Menantu Perdana Menteri

“Saya pun terkejut bila dapat tahu sebab tak ada dengan dia. Saya baru balik kursus. Malam ini baru nak pergi tengok. Kena tunggu malam ini baru saya dapat tahu. Saya cuba hubungi tapi tak berjawab lagi. Bimbang juga jadinya”

“Nanti bila saya sampai (hospital) dan tahu cerita saya akan berkongsi (perkembangan). Sekarang saya dalam perjalanan ke sana,” jelas isterinya dipetik daripada Harian Metro dan difahamkan Adi dibawa ke hospital oleh pembantu peribadinya, Jobot selepas mengadu sakit belakang secara tiba-tiba ketika mempromosikan filem Isyarat Cinta di Kuala Lumpur.

Dalam kenyataannya hari ini, Adi dilaporkan berkata, dia masih tidak pasti tempoh ditahan di wad memandangkan dia perlu menjalani rawatan susulan termasuk imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI). (rtky/syfq)

×