Ruminah Sidek: Sepanjang Perkahwinan Hanya Dua Kali Sahaja Dia Marah

“Sepanjang perkahwinan, dia hanya pernah memarahi saya dua kali saja. Pelik pula bila wataknya dalam telefilem menunjukkan dia seorang yang sombong, cemburu dan pemarah,” jelas Ruminah Sidek atau lebih mesra dipanggil Mak Mah baru baru ini.

BACA: Waris, Keluarga AR Tompel Kemukakan Tiga Tuntutan Terhadap Astro

Watak Allahyarham suaminya, AR Tompel yang cuba digambarkan sebagai seorang yang ‘gatal’ dalam telefilem Saloma itu turut dinafikan Mak Mah malah watak tersebut bukanlah watak sebenar Allahyarham tetapi disebabkan tidak ada sumber yang kukuh dan cukup kuat maka apa yang dipaparkan itu lebih bersifat ‘syok sendiri’ tanpa mengkaji sesuatu yang lebih bersifat mendalam dan jitu dalam menyampaikan sesebuah karya yang bersifat biopik ini.

“Rasa sedih pula bila tonton telefilem Saloma, watak Tompel sedikit pun tidak sama seperti yang dipaparkan. Dia bukanlah seorang yang nakal tetapi diakui ramai wanita sukakan dia walaupun dia tidaklah sekacak mana pun,” ujarnya pada sidang media yang dihadiri lebih kurang 30 waris serta keluarga terdekat Allahyarham AR Tompel. (rtky/hfz)

×