fbpx

Joe Flizzow Mengimbau Zaman Popular Too Phat Dalam Lagu ‘Apa Khabar’

Bukan selalu kami paparkan lagu terbaru di pasaran di sini. Namun lagu terbaru Joe Flizzow yang baru baru ini dilancarkan video muzik’nya menarik perhatian kami, Apa Khabar ada potensi.

Menerusi lirik dan video yang dipaparkan kita boleh nampak yang Joe Flizzow memang merindui zaman kegemilangan Too Phat yang dibina bersama Malique Ibrahim. Kami pasti ramai peminat dunia hiburan juga rindukan duo ini untuk kembali membuat lagu bersama.

“Masa bila lapar semua makan mee segera. Show pertama luar KL di Pulau Pinang, lapan orang naik dua kancil, tapi semua senang, dua bilik empat katil, jadi empat di lantai kalau tidak silap ada yang sampai tidur di pantai,” bait lirik Joe Flizzow yang mengimbau permulaan Too Phat.

Mungkin lagu ini merupakan satu mesej dari Joe Flizzow kepada sahabatnya itu untuk kembali ke dunia muzik bersama sama sebagai Too Phat. Heh. (rtky/m)