Berita baik buat semua peminat Taylor Swift di Malaysia yang memang menantikan kedatangan penyanyi ini untuk mengadakan konsert di sini.
Melalui satu e-mail terbaru kepada para peminat, beliau mengesahkan bakal turun mengadakan sebuah konsert istimewa di Kuala Lumpur pada 11 Jun ini bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Tiket akan mula dijual pada 1 Mac 2014 melalui laman web www.ticketpro.com.my atau melalui panggilan telefon menerusi talian 03-78807999.
Kuala Lumpur merupakan salah satu destinasi persinggahan Taylor Swift menerusi siri jelajah konsert The Red Tour beliau selain Jakarta, Manila, Bangkok & Singapura.
Maklumat lanjut: taylorswift.com/malaysia