Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.496)

VIDEO HARI INI: Secara literal, mungkin kita yang dewasa ini tidak pernah takut dengan bayang bayang sendiri namun kompilasi video ini menunjukkan pelbagai reaksi kanak kanak terhadap bayang bayang mereka. Kalau refleksi cermin bagaimana?

Nampaknya pasangan magis filem The Wolf of Wall Street, Leonardo DiCaprio dan Jonah Hill akan kembali bersatu untuk sebuah filem adaptasi sebuah artikel di Vanity Fair pada tahun 1997 berjudul The Ballad Of Richard Jewell. – Just Jared

CNBlue menerusi syarikat pengurusan mereka FNC Entertainment mengumumkan yang mereka bakal kembali Februari ini dengan sebuah album mini kelima di mana memuatkan lagu ciptaan mereka sendiri. Anda teruja? – Soompi

Selepas meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, Paul Walker menerusi satu wasiat yang ditinggalkan telah mewariskan kesemua harta bernilai US$25 juta kepada anak perempuan beliau, Meadow yang berusia 15 tahun. – US Magazine

Tunang kepada Misha Omar, Firos Ezzwan Rossly berkata yang beliau tidak pernah mengambil serius akan mana mana gosip yang melanda bakal isterinya itu lebih lebih khabar yang mengatakan penyanyi itu pernah berkahwin sebelum ini. – GUA

Bekas peserta akhir American Idol, Clay Aiken telah disahkan bakal menyertai bidang politik secara serius apabila mengambil keputusan untuk bertanding di sebuah kerusi untuk kongress di North Carolina, Amerika Syarikat. – Huffington Post

×