Leonardo DiCaprio Bakal Turun Malaysia Untuk The Wolf Of Wall Street?

Setakat ini, boleh kita anggap apa yang kami tulis ini sebagai khabar angin semata kerana kami tidak jumpa sumber lain yang menyatakan perkara sama selain satu akaun Twitter ini namun kami tidak pula mahu menolak sebarang kemungkinan.

Pengguna Twitter, Just Frank (@bluredfrank) menulis petang ini yang ada khabar dari rakan beliau di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur mengatakan yang bintang Hollywood itu akan menjejakkan kaki ke sini tidak lama lagi.

“Little birdy tells me Leonardo DiCaprio is coming to Kuala Lumpur. You heard it here first,” tulis beliau dan status itu terus menjadi perhatian ramai yang mahukan kepastian.

Tidak jelas apakah tujuan kedatangan Leornado DiCaprio ke Malaysia jika ianya benar dan kemungkinan besar mempunyai kaitan dengan filem terbaru lakonan beliau The Wolf of Wall Street yang tidak akan ditayangkan di pawagam sini.

Screen Shot 2014-01-21 at 5.18.07 PM

The Wolf of Wall Street merupakan filem arahan Martin Scorsese dan dibiayai oleh Riza Aziz (yang merupakan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor) melalui syarikatnya Red Granite Pictures & filem ini menelan belanja lebih US$100 juta.

Adakah kedatangan Leornado DiCaprio ke Malaysia adalah untuk melobi supaya filem itu boleh ditayangkan di pawagam sini? Jika ya, adakah perlu? (rtky/m)

Screen Shot 2014-01-21 at 5.25.22 PM

×