fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.444)

VIDEO HARI INI: Mereka kembali lagi. Selepas berjaya menghiburkan dunia dengan himpunan lagu a capella Beyoncé, Pentatonix hadir dengan himpunan lagu lagu popular Daft Punk versi a capella. Daft Punk, muzik elektronik — versi a capella. Holy sh*t!

Berasal dari Texas, Demi Lovato mengakui dalam dirinya ada perasaan untuk berkahwin dan memiliki anak dalam usia yang awal namun perkara itu bukan satu keutamaan buat dirinya ketika ini namun tidak menolak kemungkinan bergelar ibu dalam 10 tahun lagi. – Too Fab

Walaupun berjaya menaikkan berat badan hampir 10 kg untuk watak Thor, Chris Hemsworth terpaksa menurunkan kembali berat badan dengan hanya menjamah 600 kalori sehari untuk filem terbaru beliau berjudul Heart of the Sea. – Huff. Post

Dalam laporan khas ini, wartawan Akmaliah Razak senaraikan barisan perkahwinan selebriti Malaysia yang mencecah belanja jutaan ringgit dan siapa boleh lupa majlis perkahwinan bernilai RM12 juta Memey Suhaiza & Norman Hakim ‘kan? – Sinar Harian

Kumpulan pop Korea yang di’anggotai empat jelitawan, miss A kini telah kembali ke arena hiburan kpop dengan single terbaru Hush bersama album dengan tajuk sama. Dan ya, mereka turut lancarkan video muzik terbaru untuk lagu tersebut. – Soompi

Selepas filem The Wolverine berjaya mengutip US$413 juta dari seluruh dunia, Twentieth Century Fox telah memulakan rundingan dengan pengarah James Mangold untuk sekuel filem tersebut dan Hugh Jackman di’harapkan akan terus memegang watak ikonik itu. – Deadline