fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.440)

VIDEO HARI INI: Kami tidak pasti apa nama aktiviti mereka ini, luncur papan air? Tetapi yang pasti, ianya nampak awesome lebih lebih lagi dengan latar belakang nan menghijau sawah padi bertingkat di Banaue, Filipina.

Chris Brown dan pengawal peribadi beliau kini berada dalam tahanan polis selepas di’syaki mengasari seorang lelaki tidak dikenali dan ada kemungkinan penyanyi itu akan meringkuk dalam penjara kerana melanggar perintah parol. – CNN

Pasangan kekasih Olivia Wilde dan Jason Sudeikis bakal menyambut kelahiran bayi sulung pertama mereka & menurut sumber pasangan yang bertunang pada Januari 2013 lalu ini sangat gembira dengan kehadiran orang baru. – People

Pelakon Datuk Rahim Razali yang dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) semalam perlu menjalani pembedahan segera bagi membuang pendarahan dalam otaknya agar penyakit yang dikenali sebagai subdural hemorrhage tidak bertambah serius. – mStar Online

Gelagat terbaru dua ahli tetap program variasi Running Man, Gary & Song Ji Hyo menimbulkan kembali desas desus yang aktress itu sudah berpisah dengan teman lelakinya dan mereka berdua kini sedang berpacaran. Aww. – Soompi

Tampil menjadi muka hadapan majalah Cosmopolitan terbaru, Miley Cyrus mendedahkan yang kehidupan solonya ketika ini selepas berpisah dengan Liam Hemsworth adalah masa terbaik dalam hidupnya dan tidak akan sesekali menoleh ke belakang. – US Magazine