Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.372)

VIDEO HARI INI: Apa kata setiap Jumaat segmen video ini kita dedikasikan kepada bakat baru di Malaysia, boleh? Okay cool, untuk minggu ini kita ada pendatang baru Deanna Hussin dengan Back In Time.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Rapper popular 50 Cent akan di’dakwa minggu ini atas tuduhan telah menyerang bekas teman wanitanya selain menyebabkan kerosakan teruk di kediaman wanita itu di Los Angeles. – Huffington Post

Baru semalam gossip bertebaran mengatakan pasangan ini bercinta, hari ini Henry Cavill & Kaley Cuoco seakan mengesahkan hubungan mereka apabila di’lihat keluar berpimpin tangan. – Just Jared

Rasanya semua sudah tahu yang Avril Lavigne dan Chad Kroeger sudah selamat bergelar suami isteri dan ini merupakan gambar sekitar majlis perkahwinan mereka di Perancis hujung minggu lalu. – US Weekly

Penyanyi Lee Hyori mengesahkan yang beliau akan berkahwin dengan kekasihnya Lee Sang Soon sekitar bulan September ini tetapi belum mula merancang apa apa berkaitan majlis ketika ini. – Soompi

Yasmin Hani mengakui tidak mahu terlalu teruja dengan kandungan beliau sekarang kerana tidak ingin perkara yang tidak elok berlaku. – GUA

×