Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.358)

VIDEO HARI INI: Dalam video di’atas, aktor Jackie Chan menceritakan pengalaman awal beliau berlakon di’samping lagenda seni pertahankan diri, Bruce Lee. Cerita yang tidak pernah kita tahu.

Kini, anda boleh tonton rancangan kegemaran anda di mana sahaja anda berada terima kasih kepada Astro On-The-Go!

Kalau anda belum tahu dan ingin ambil tahu, Kim Kardashian telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam dan ini merupakan anak pertama bersama kekasih, Kanye West. – USA Today

Disebut sebut bakal menjadi pengetua untuk musim terbaru Akademi Fantasia 2013 ini, Datuk Aznil Hj Nawawi berkata beliau bersikap terbuka dengan pemilihan pihak pengurusan. – mStar Online

Anak gadis mendiang Steve Irwin, Bindi menjadi mangsa terbaru khabar angin di internet apabila beliau di’laporkan telah meninggal dunia ketika beraktiviti ski di Switzerland. – Huffington Post

Aktres Korea, Kim Sa Rang menafikan laporan yang tersebar mengatakan dirinya dan bintang bola sepak Park Ji Sung bakal berkahwin di sebuah hotel mewah di Seoul, September ini. – Soompi

Bermodalkan US$225 juta oleh Warner Bros untuk kembalikan zaman gemilang Superman, Man Of Steel bakal menerima kutipan lebih US$125 juta hanya untuk tayangan pada hujung minggu lalu. – EW

×