Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.329)

VIDEO HARI INI: Ha, ini bagi mereka yang suka sangat dengan telefon pintar berjenama Samsung ini, mula-mula satu kemudian dua, tiga dan yang terkini adalah Samsung Galaxy 4 yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Bagi mereka yang sudah ada Samsung Galaxy 3 dan ingin beralih ke 4 boleh tengok video yang kami selitkan diatas! We Are Samsung Lover’s . Iklan Free ni.heh.

Bekas Protege kepada Faizal Tahir, Anas(Mentor 6) ingin mengembangkan cabang kariernya menjadi Pengarah filem dan teater selain mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian. – Mstar Online

Terkejut kami mendengar berita penangkapan aktres Reese Witherspoon di Atlanta baru-baru ini. Dia ditangkap bersama suaminya, Jim Toth.- Us Weekly

Pelakon Indonesia, Carrisa Putri berkongsi perubahan dirinya yang kini sudah mengandung empat bulan termasuklah semakin cergas dan bertenaga walaupun mengandung empat bulan. – DetikHot

Adik kepada Emma Maembong, Cha Cha Maembong punyai bakat yang tidak kurang hebatnya seperti kakaknya dan turut meninggalkan alam persekolahan untuk mengejar cita-cita menjadi pelakon. – Sinar Harian

Kematian Rapper Chris Kelly telah disahkan oleh pihak polis berpunca dari pengambilan dadah secara serentak jenis kokain dan heroin. – TMZ

×