fbpx

Ronan Keating Bakal Tampil Di Bella Awards 2013

Untuk anda yang belum tahu, Bella Awards 2013 merupakan majlis pertama di Malaysia yang di’anjurkan untuk meraikan pencapaian para wanita negara ini yang akan di’anjurkan pada 2 Mac nanti.

Majlis ini bakal berlangsung pada hari yang sama untuk sambutan Hari Wanita Sedunia dan khabarnya mereka bakal membawa masuk penyanyi ternama kelahiran Ireland, Ronan Keating.

Mungkin anda terlalu muda untuk mengenali Ronan Keating tetapi penyanyi ini merupakan salah seorang anggota kumpulan Boyzone yang popular sekitar tahun 90’an sebelum bergerak solo.

Selain Ronan Keating, Bella Awards 2013 juga akan menampilkan dua artis dari negara seberang Indonesia iaitu Marcell dan juga Maliq & D’Essentials.

Pilihan yang bagus di’buat oleh pihak penganjur kerana kami sudah mula merasa sedikit bosan dengan artis jemputan dari Korea Selatan. Heh.