fbpx

(Gambar) Noh Ala-Yakuza Dalam Kad Pengenalan & Kekasih Baru

Gambar ini dari semalam lagi kami ingin terbitkan, namun tiada berita baik yang boleh kami tulis mengiringi gambar ini.

Dalam gambar eksklusif kad pengenalan Noh Hujan, nampak yang beliau menggayakan rambut ala-Yakuza.

Kami rasa, Noh Hujan datang dengan gaya rambut tutup mata sebelah beliau namun pegawai JPN suruh beliau ikat rambut agar nampak jelas wajah kacak beliau.

Kisah yang mengiringi gambar ini hari ini sebenarnya tiada kaitan secara langsung — berkenaan kekasih baru Noh Hujan.

Kekasih baru Noh Hujan di’katakan bekas anggota sebuah kumpulan hip hop popular & mereka kelihatan mesra bersama di’belakang pentas AJL 24 baru-baru ini.

Nampaknya semakin hari semakin mainstream kisah hidup Noh Hujan. Selepas gossip bercinta dengan Nora Danish, hari ini pasti ramai peminat ingin tahu siapa gerangan gadis bertuah yang baru ini.