Ya. Siri filem Ice Age kini sudah masuk filem yang keempat dan kini geng haiwan zaman ais ini kembali untuk menghiburkan penonton dengan cabaran hidup baru mereka.
Ice Age 4 Continental Drift kali ini mengisahkan Manny, Sid, Diego dan rakan rakan mereka yang terpaksa belayar di’lautan di’atas sebuah bongkah ais yang tidak sebesar mana.
Sepanjang pelayaran mereka, memang pelbagai cabaran lucu yang terpaksa mereka lalui dan di’tambah lagi beberapa watak yang menambah perisa jalan cerita.
Antara’nya adalah teman romantis Diego bernama Shira yang di’suarakan oleh Jennifer Lopez, nenda Sid (Wanda Sykes) yang sangat petah bercakap dan semestinya watak antagonis.
Pengarah Steve Martino dan Mike Thurmeier berjaya hasilkan sebuah hasil terbaik dalam siri Ice Age 4 setakat ini walaupun jalan cerita masih boleh di’perbaiki lagi.
Apa yang kami suka tentang filem Ice Age termasuklah filem yang terbaru ini adalah latarbelakang kehancuran pra-sejarah yang begitu teliti & mengagumkan — dan kami berani katakan yang Ice Age 4 Continental Drift kali ini merupakan filem dalam siri ini yang mempunyai paling banyak aksi.
Kalau anda mencari sebuah filem untuk tontonan hujung minggu, ringan untuk anda hadam dan lebih penting menghiburkan hati Ice Age 4 Continental Drift memang pilihan yang terbaik untuk anda.