fbpx

Tulisa ContostavlosSebelum anda tanya siapakah gerangan Tulisa Contostavlos, kami sendiri baru pertama kali dengar akan nama beliau yang sebenarnya agak besar dalam dunia hiburan di’luar negara — terutamanya industri hiburan United Kingdom.

Tulisa Contostavlos baru sahaja di’umumkan terpilih untuk memegang gelaran FHM’s Sexiest Woman in the World dalam satu senarai yang di’keluarkan secara tahunan oleh majalah untuk hiburan lelaki tersebut.

Gadis berusia 23 tahun yang juga merupakan juri rancangan hiburan X-Factor baru baru ini menjadi perhatian apabila video rakam adegan seks beliau terbongkar di internet.

Pemegang status dua kali sebelum ini, Cheryl Cole berada di tangga kedua senarai di’ikuti oleh Rihanna & model Rosie Jones. Model & bintang Transformers Rosie Huntington-Whiteley jatuh ke tangga 18 dari senarai teratas tahun lalu.

Di tangga ke-5 di’pegang oleh Georgia Salpa dan di’ikuti oleh bintang pop Katy Perry. Megan Fox, model Keeley Hazell, Mila Kunis juga pelakon Emily Atack melengkapkan carta Top 10.

Keputusan kedudukan para wanita dalam senarai ini merupakan undian daripada pembaca FHM — adakah anda setuju atau kita semua rakyat Malaysia ketinggalan untuk mengundi Zarina Anjoulie, Rozita Che Wan atau pun Nora Danish? Oops.