Nota Editor: Entri wajib setiap hari bekerja ini sudah masuk edisi ke-100. Bermakna ini merupakan siri paling lama bertahan dalam sejarah Rotikaya.com. Tepukan buat diri anda sendiri yang setia menantikan entri ini setiap pagi. Yeah!
Pengerusi Disney Studio, Rich Ross telah meletakkan jawatan selepas filem terbaru terbitan studio filem gergasi itu John Carter gagal menyerlah di’pasaran & menyebabkan kerugian terbesar dalam sejarah. – NME
Okay ini sedih. Aktress Hollywood yang sedang meningkat naik & menjadi kegemaran kami, Carey Mulligan (gambar) baru sahaja mengikat tali perkahwinan dengan Marcus Mumford hujung minggu lalu. Ohh. – Daily Mail
Tidak perlu rasa terkejut. Adele secara rasmi mendahului senarai artis yang tercalon untuk Billboard Music Award dengan 18 kategori di’ikuti rapat oleh LMFAO dengan 17 kategori. Majlis anugerah akan berlangsung pada 20 Mei 2012. – Fox News
Semua sudah sedia maklum yang musim ke-8 drama bersiri House MD merupakan musim yang terakhir & baru baru ini semua pelakon yang terlibat hadir untuk satu majlis sebagai simbolik tamatnya siri ini. – Just Jared
Tahun ini menandakan franchise James Bond sudah 50 tahun berada di’dalam hati para peminat filem & bersempena dengan itu, jom lihat di’manakah kedudukan Pierce Brosnan, Daniel Craig dan lain lain dalam carta populariti sepanjang zaman. – The Wire
BONUS: Ini mungkin tidak berkait langsung dengan dunia hiburan, tetapi iklan terbaru daripada P&G untuk Olimpik 2012 ini agak merentap jiwa. Jangan pernah sesekali lupakan ibu anda semua.
http://www.youtube.com/watch?v=FMunV1Y4X2o