fbpx

Brittany Murphy Disahkan Mati Akibat Serangan Jantung

Jika anda pernah menonton filem romantik komedi ‘Just Married’ lakonan Ashton Kutcher & Brittany Murphy, anda pasti kenal akan aktress unik ini.

Kini beliau tiada lagi. Brittany Murphy, mati semalam selepas diserang sakit jantung di rumahnya, menurut pegawai polis dan hospital.

Brittany Murphy yang berusia 32 tahun ditemui ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi di rumahnya.

Brittany dikejarkan ke pusat perubatan Cedars-Sinai di Beverly Hills, di mana sejurus selepas itu doktor mengesahkan beliau mati pada jam 10.04 pagi waktu Amerika Syarikat.

Rest in peace Brittany Murphy. Bakat lakonan unik & bersahaja anda akan di’kenang sehingga bila-bila.