fbpx

Malam tadi, berlangsung’nya satu daripada rantaian konsert untuk sambutan tahun baru dan konsert ini di’namakan Konsert Loudspeaker 2011 yang membariskan bukan calang calang nama.

Faizal Tahir & The Royal FT Force, Azlan & The Typewriter, XPDC dan Wings bergilir mengambil pentas malam tadi di’hadapan lebih kurang 2,000 orang yang hadir ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Walaupun angka ini agak sedikit berbanding nama yang penganjur bawa ke atas pentas, ini tidak sedikit pun mematahkan semangat kumpulan rock yang di’jemput hadir untuk memberikan persembahan terbaik.

Bagi kami, dari segi teknikal konsert ini sememangnya berjaya menampilkan kelainan dengan sistem bunyi setaraf konsert buat penyanyi luar negara — namun itu belum cukup untuk menarik minat penonton untuk hadir.

Mungkin faktor tarikh konsert yang jatuh ketika umat Kuala Lumpur pulang ke kampung masing masing kerana cuti panjang menjadi punca utama.

Untuk yang tidak dapat hadir atau kepada yang mahu mengimbau memori indah malam tadi, ini barisan lebih 40 keping gambar Konsert Loudspeaker 2011 – Bahagian Pertama. Enjoice!