fbpx

ND Lala Mangsa Samun Sepuluh Mat Rempit Di Jalan Genting Klang, KL

Jadi takut hendak memandu lewat pagi apabila dengar kisah samun ND Lala yang di’laporkan Harian Metro edisi hari ini.

Menurut ND Lala, beliau singgah di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang sekitar jam 3.40 pagi selepas pulang bertemu seseorang atas urusan business.

Meninggalkan kereta BMW beliau untuk ke tandas, ND Lala kembali selepas itu untuk membaca SMS di’telefon sebelum 10 orang Mat Rempit mengepung beliau.

Salah seorang mereka memecahkan cermin kereta milik ND Lala dan merampas telefon bimbit milik beliau serta kunci kereta namun tidak sempat untuk melarikan BMW tersebut.

Sekumpulan Mat Rempit itu melarikan diri apabila sebuah lori memasuki kawasan stesen minyak tersebut & ND Lala kerugian lebih RM2,000.