Anak sulung kepada pelakon Abby Abadi iaitu Danish Hakim meluahkan rasa syukur hubungan dengan ibunya kini semakin baik.
Menerusi perkongsian di Instagram, Danish mengucapkan selamat hari lahir buat ibunya serta memohon maaf di atas segala kesilapan.
BACA: “Jangan Bagi Muka, Tak Cukup Korum, Kita Standby” – Abby Abadi Sokong The Melvins
“Selamat hari lahir mama. Abang bersyukur hubungan kita akhirnya semakin baik. Abang minta maaf atas segala kesilapan dan kekurangan yang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Danish turut berkata walau apa terjadi ianya tidak mengubah kedudukan Abby sebagai ibu serta mendoakan agar Allah kurniakan kebahagiaan buat wanita yang melahirkannya.
“Walau apa pun terjadi, mama tetap ibu Abang dan tiada apa pun yang akan mengubah kasih sayang Abang terhadap mama.
“Abang sentiasa mendoakan agar Allah SWT mengurniakan mama kesihatan yang baik, kebahagiaan serta panjangkan usia mama,” tulisnya.