Pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan dia masih belum menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang.
Menerusi satu hantaran di Threads, Intan berkata dia edang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB), namun terpaksa menangguhkan pengajian selepas hamil anak pertama Lunara.
BACA: “Wangi Gila, Dah Boleh Kenal Bau Dia” – Petugas F1 Puji Minyak Wangi Intan Najuwa

“Ada orang tanya saya dah habis belajar ke. Tak habis guys. Bukan senang ya. Saya tengah buat LLB (Bachelor of Laws), tapi separuh jalan lepas tu pregnant Lunara. Pastu ingat nak break sekejap je, eh tiba-tiba keluar Laudya,” tulisnya.
Sementara itu, Intan berkata dia akan kembali menyambung pengajian apabila tiba masa yang sesuai.
“Nantilah eh mommy sambung balik. Tunggu sel-sel otak berhubung kembali,” katanya.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Lunara dan Laudya.