Pelakon Deanna Yusoff berkata dia masih mengamalkan gaya hidup Islam serta berpendapat hal mengenai pegangan agama tidak perlu diperkatakan kepada umum.
Memetik Harian Metro, aktres berusia 59 tahun itu berkata pegangannya sebagai seorang Islam tidak pernah berubah.
BACA: 10 Selebriti Wanita Masih Kekal Cantik Diusia 40an
“Sangat peribadi untuk bercakap tentang hubungan dengan Tuhan, tetapi saya masih berpegang kepada ajaran Islam.
“Kenapa perlu saya tukar? Ia (Islam) sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya. Takkan saya nak tukar (kepercayaan) hanya kerana sudah tinggal di tempat lain?” katanya.
Sementara itu, Deanna berkata meskipun latar berlakangnya berdarah campuran namun ia tidak mengubah dirinya sebagai seorang Muslim.
“Ada campur-campur sedikit pada wajah saya dan juga budaya, tetapi bukan agama yang bercampur. Saya faham orang kadang-kadang salah anggap kepada saya bila tengok saya ini lain sedikit.
“Tetapi, saya tidak kisah dengan semua itu, sebab saya ini memang ‘celup’. Apa pun, saya ada ramai kawan-kawan rapat yang saling menghormati cara kehidupan masing-masing. Termasuk, kawan-kawan saya yang ada di KL ini, kami sangat hormat.
“Sebenarnya, apa yang diperlihatkan di luar, tidak mengubah siapa saya. Masih lagi (seorang Muslim), sudahlah. Cuma, bagi saya perihal spiritual (kerohanian) ini adalah lebih baik tidak dicanangkan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Gambar: Utusan Online