Bekas suami kepada pelakon Syida Melvin iaitu Shafiq Shaheen mengucapkan terima kasih buat mereka yang memberikan sokongan serta nasihat kepadanya.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, Shafiq berkata dia mahu selesaikan isu dengan bekas isterinya demi ketiga-tiga anak mereka.
BACA: “Saya Niat Nak Derma Duit Ini Kepada Tahfiz” – Shafiq Shaheen Kerjasama Dengan Jakel
“Syafiq nak ucapkan terima kasih kepada korang dan Alhamdulillah Syafiq sekarang masih dalam recovery mode. Tapi a bit better daripada yang sebelum ni dan Syafiq pun ada semangat sikit untuk nak buat video ni.
“Syafiq nak settle semua kes secara keseluruhannya for the sake of my children. Pia, Jeda, Isa, for the sake of Syida and I, for the sake of the group of the companies,” katanya.
Sementara itu, Shafiq berkata ketika ini dia dan Syida belum boleh mengadakan perbincangan secara baik berikutan keadaan masih panas.
“And right now, I can’t even have a decent conversation with Syida. Situasi panas sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, Shafiq berkata perceraian yang dilalui bukan perkara mudah apatah lagi rumah yang dibina bersama Syida kini tidak lagi riuh kerana situasi sudah berubah.
Syafiq turut memohon maaf kepada anak-anaknya diatas apa yang berlaku serta berharap isu mereka dapat diselesaikan secepat mungkin.
“Penceraian ni bukan sesuatu yang mudah. Ya, rumah yang Syafiq bina bersama yang dulunya riuh, sekarang sunyi,” Saya harap kita dapat settle semua ni the soonest. Pia, Jeda, Isa. Daddy just want to say I’m sorry and I hope we could settle it,” katanya.