“Dalam Akaun Ada RM30,000 Je” – Wawa Zainal Imbau Zaman Susah 

Pelakon Wawa Zainal berkongsikan cerita kesusahan ketika di awal perkahwinan bersama suaminya, Aeril Zafrel sekitar 14 tahun lalu.

Menerusi satu podcast, Wawa berkata ketika itu mereka sudah mempunyai seorang cahaya mata dan terpaksa hidup berjimat.

BACA: Belanja Hampir RM500,000, Aeril Zafrel Syukur Dapat Bantu Renovate Masjid Di Kampung 

“Apa yang berikan saya dengan Aeril kekuatan waktu sudah tentu anak. Waktu tu kita dah ada anak pertama, memang kita orang susah, duit pun tak ada sangat.

“Saya ingat lagi waktu itu duit dalam akaun Aeril ada RM30,000 je, untuk seorang pelakon jumlah itu sikit dengan nak beli barang-barang baby.  Masa tu saya tak kerja, Aeril je yang kerja. Kita orang makan pun jimat-jimat.,” katanya.

Menurut Wawa lagi, sebagai perempuan sudah pasti mempunyai keinginan untuk berbelanja namun rasa bersalah meminta wang daripada suami dengan keadaan mereka ketika itu.

Tambah Wawa lagi disebabkan keadaan tersebut terjadi masalah rumah tangga serta mendedahkan dia dan Aeril sering bergaduh kerana tekanan. 

“Saya rasa perempuan mesti ada kemahuan nak beli. Barang-barang mekap, skincare, bila minta Aeril, rasa bersalah sebab dia pun cukup-cukup.

“Dekat situlah masalah rumah tangga. Kita kerap gaduh. Emosi kita pun jadi tak stabil, kita bergaduh dengan suami. Masa tu umur saya 20, sikit-sikit gaduh. Tapi nasib baiklah Aeril memang penyabar orangnya. Saya dulu memang harimaulah. Tapi dia sabar,” katanya. 

×