Usahawan yang juga bekas suami kepada Syida Melvin iaitu Shafiq Shaheen menjadi perhatian apabila dilihat bekerjasama dengan jenama tekstil terkenal, Jakel.
Menerusi perkongsian di Instagram Jakel, Shafiq dilihat mempromosikan kain dan pelbagai jenis pakaian yang dijual oleh Jakel.
BACA: Bekas Suami Dakwa Syida Melvin Kaki Pukul
Turut menjadi perhatian apabila Shafiq berhasrat untuk mendermakan gaji tersebut kepada pusat tahfiz.
“Alhamdulillah, Shafiq niatkan nak derma duit ini kepada tahfiz,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kerjasama berkenaan serta ada yang mengatakan lembut tutur kata Shafiq.Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mengatakan Shafiq tidak sesuai menjadi promoter sebaliknya menjadi bos.