Pelakon Uqasha Senrose dilihat memuat naik hantaran mempersoalkan kisah lama terus diungkit sedangkan dia tidak lagi menyentuh hal tersebut selepas bercerai.

Menerusi perkongsian di Threads, Uqasha berkata perkara itu sudah lama berlalu dan dia juga tidak membuka cerita untuk meraih simpati.

BACA: Fazura Puji Kamal Adli Belikan Baju Raya Buat Uqasha, Hawra

“Allahu … rasanya tak perlu nak cerita masa kejadian masa shooting. Benda dah lepas lama dan saya pun sikit tak sentuh nak buat orang simpati ke apa. Untuk apa? Sudah la saya dah tak sentuh langsung dah selepas dah bercerai,” tulisnya.

Sementara itu, Uqasha berkata setiap manusia sudah pasti melalui hari yang sedih namun dia tidak pernah kongsikan.

“Ikutkan setiap manusia ada down dia tapi pernah ke saya nak kongsi, sikit sikit nak kongsi nak orang kesian ke? Sudahlah,” tulisnya.

Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata netizen meminta Uqasha untuk move on namun aktres itu dilihat ada membalas satu hantaran mempersoalkan siapa yang tidak move on lagi.

×