Penyanyi rock lagenda, Datuk Awie baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-10 bersama isterinya, Datin Sharifah Ladyana.
Memetik BH Online, Awie berkata dia tidak meminta lebih hanya mahukan kebahagiaan berpanjangan bersama keluarga serta membesarkan anak-anak.
BACA: Jerebu Rosakkan Paru-Paru, Awie Kembali Hidap Bronkitis
“Harapannya… kita nak bahagia sahaja. Saya nak kerja, besarkan dua pendekar itu (Putra Ahmad Andeeka dan Putra Ahmad Arjunna), habiskan persekolahan Qasseh (Putri Qasseh Antasha) dan Rezzki (Putra Ahmad Rezzki). Alhamdulillah… itu saja,” katanya.
Sementara itu, Awie berkata dia dan isteri tidak merancang menambah cahaya mata lagi serta mahu berehat dan mahu ‘bercinta’ semula dengan isteri.
“Tujuh (anak) dah cukup. Bagi peluang untuk saya berehat, bercinta balik dengan bini. Tujuh tahun jaga bayi (anak). Sengsara… bukan sengsara apa, kena tidur dengan bini.
“Tujuh tahun, dia nak kena jaga anak. Yang ini empat tahun, yang ini keluar. Banyak pengorbanan yang kita lakukan. Insya-Allah, yang mendatang ini saya nak enjoy dengan keluarga,” katanya.
Sumber: BH Online