Pelakon Amar Baharin berkongsikan dia gemar manfaatkan perjalanan pergi balik kerja dengan menghafal Surah apabila menjalani penggambaran drama bersiri panjang.
Menerusi perkongsian di Instagram, Amar berkata itu antara salah satu cara untuk belajar agama yang penting adalah komitmen untuk lakukan secara berterusan.
BACA: ‘Belajar Dari Apa Dia Nampak” – Anak Amar Baharin Semangat Puasa 6
“One thing yang aku suka bila shooting drama panjang, aku boleh manfaatkan masa dalam kereta, pergi dan balik kerja untuk menghafal Surah.
“Cara aku simple je. Tak perlu banyak pun, sehari dapat hafal 3 ayat pun dah cukup. Yang penting konsisten. Sikit-sikit, lama-lama melekat,” katanya.
Dalam pada itu, Amar berkata tidak perlu tunggu mempunyai masa lapang, ada masanya boleh mengambil sedikit masa dalam rutian harian.
“Kadang-kadang kita rasa tak ada masa nak belajar agama. Padahal masa tu ada, cuma kita kena pandai manfaatkan.
“Tak semestinya kena tunggu waktu free. Dalam kereta pun boleh belajar sesuatu setiap hari. Sikit tak apa, asalkan istiqamah,” katanya.