“Kalau Dilamar Siap Dron, Bayangkan Bertunang & Nikah Nanti” – DSV

Usahawan sensasi Datuk Seri Vida berkata pada hari dilamar Datuk Fazley Yaakob, dia mengakui bimbang akan menerima kecaman netizen. 

Memetik mStar Online, Vida berkata dia tidak sangka rata-rata netizen memberikan sokongan malah tidak sabar untuk tahu bila tarikh nikah mereka.

BACA: “Mama Vida Cantik, Manja” – Anak Fazley Gembira, Mahu Bapa Bahagia 

“Pada mulanya, kalau perasan pada malam saya dilamar itu, saya banyak diam kerana risau akan dikecam. Saya tak mahu hubungan ini dimulakan dengan kecaman, tetapi sebaliknya 99 peratus memberikan sokongan, mendoakan malah tidak sabar menunggu tarikh kahwin.

“Mereka kata cepatlah nikah. Ikut hati, semalam juga nak nikah, tetapi kita kena buat perancangan teliti,” katanya.

Sementara itu, Vida berkata dia mahu merasai setiap fasa sebelum bergelar isteri, termasuk majlis merisik dan pertunangan. Vida juga sempat berseloroh mengatakan majlis tunang dan nikahnya akan lebih meriah apatah lagi lamarannya dikejutkan dengan 1,200 dron. 

“Kalau dilamar pun sudah ada dron, bayangkan bertunang nanti macam mana? Saya nak lalui semua fasa itu dan ya, kami sudah mula berbincang ke arah itu,”katanya.

Sumber: mStar Online

×