Amir Raja Lawak Sedar Tapi Tak Boleh Bercakap, Nafas Tercungap-Cungap
Pelawak Amir Raja Lawak dilapor masih menerima rawatan dan berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.
Menerusi satu hantaran di Instagram dipercayai di muat naik oleh adiknya, Amir berada dalam keadaan sedar namun nafas masih tercungap-cungap.
BACA: Amir Raja Lawak Bukan Ditidurkan, Hanya Bergantung Alat Bantuan Pernafasan
“Masih dekat sini hari ke 11. Abang Amir sedar, cuma tak boleh bercakap betul-betul, nafas masih tercungap-cungap. Ini update ketika masa melawat sebab telefon Abang Amir, saya adik dia yang pegang
“Dekat ICU memang tak boleh pegang telefon sebab doctor nak suruh pesakit rehat cukup-cukup,” tulis adiknya.
Pada 11 November lalu, isteri Amir iaitu Nur Intan Syafinaz berkongsikan suaminya kini bergantung alat bantuan pernafasan dan tidak ditidurkan seperti yang dilaporkan sebelum ini serta hanya perlu berehat.