“Datuk Nak Ke Anak Datuk Kahwin Dengan Orang Miskin? – Syida Melvin

Pelakon Syida Melvin mendedahkan punca dia nekad untuk bercerai dengan bekas suaminya, Syafiq Shaheen kerana diprovok dan dihina. 

Menerusi podcast bersama Datuk Seri Aliff Syukri, Syida mendakwa dia memilih untuk berpisah berikutan bekas suaminya berkata menyesal berkahwin dengannya.

BACA: “Buat Live Nak Orang Tahu Sisi Dia Yang Separuh Lagi” – Ibu Pertahan Tindakan Syida

“Dia sebenarnya banyak sebab pihak sebelah sana ada masalah dengan keluarga dia. Pusing cerita cakap kita itu ini. Kemudian, kata menyesal kahwin dengan saya. Patutnya kahwin dengan orang lain. Takkanlah kita nak terus bertahan,” tulisnya.

Sementara itu, Syida mendakwa bukan sekali dua bekas suaminya berkata sedemikian. Malah, mendakwa bekas suaminya turut menghina kedua ibu bapanya.

Kata Syida lagi, sebagai ibu bapa sudah pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan tidak mahu berkahwin dengan orang susah.

“Datuk nak ke anak perempuan datuk kawin dengan orang miskin. Mak bapa aku besarkan aku bukan mudah,” katanya. 

×