Pihak pengurusan pelakon Zarif Ghazzi memaklumkan sudah membuat laporan polis serta melantik peguam susulan dakwaan salah laku terhadap rakan pelakon wanita.
Menerusi satu kenyataan media, Zarif menafikan dakwaan salah laku berkenaan serta sentiasa mengutamakan profesionalisme dan integriti.
BACA: “Tahu Hukum Haram” – Zarif Ghazi Tak Akan Pakai Rantai Untuk Nampak Style
“Untuk makluman, Zarif dengan tegas menafikan sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan atau mungkin ditafsirkan sebagai merujuk kepada dirinya, sama ada secara langsung, tidak langsung mahupun melalui sebarang bentuk innuendo.
“Zarif sentiasa berpegang kepada prinsip profesionalisme, integriti dan menghormati semua pihak dalam setiap urusan sepanjang penglibatannya dalam industri seni hiburan.
“Sehubungan itu, laporan polis sudah dibuat dan wakil peguam dilantik bagi mendapatkan nasihat serta meneliti tindakan perundangan yang bersesuaian,” tulis kenyataan itu.