Riena Diana Puji Izzue Islam Tak Bersentuhan Dengan Pelakon Wanita 

Perkongsian seorang pengguna Threads menjadi perhatian memuji tindakan aktor Izzue Islam ketika melakonkan babak bersalaman dengan pelakon Dian P. Ramlee dalam satu drama.

Dalam hantaran tersebut, individu berkenaan mengatakan Izzue sememangnya lelaki ‘green forest’ kerana tidak bersentuhan dengan pelakon wanita sebaliknya teknik kamera memainkan peranan.

BACA: “Tak Semua Ada Rezeki Mewah” – Riena Diana Selar Individu Hina PPR

View on Threads

Hantaran individu itu turut mendapat perhatian pelakon Riena Diana yang mengatakan dia sudah beberapa berlakon dengan Izzue dan aktor itu tidak pernah menyentuhnya. Malah, Riena berkata Izzue merupakan pelakon yang dia hormati serta selesa untuk bekerjasama.

“Dah beberapa kali shoot dengan Izzue, sememangnya tidak pernah sentuh Riena dan hanya main angle camera sahaja.

“Salah seorang hero yang Riena hormat dan selesa untuk bekerja. Greenflag in real life jugak husband kakak saya, Awin Nurin,” tulisnya.

×