Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 November untuk pendengaran permohonan peguam Harith Iskander bagi menarik diri daripada mewakili pelawak itu.
Memetik Harian Metro, kes saman fitnah difailkan bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor susulan dakwaan menjadi mangsa body shaming menerusi satu persembahan komedi awal tahun ini.
BACA: Rosmah Mansor Saman Harith Iskander, Dakwa Disamakan Dengan Makhluk Seram
Peguam Sangeet Kaur Deo mengesahkan pihaknya menarik diri daripada mewakili selebriti itu.
“Ya, kami memohon untuk menarik diri (discharge) daripada mewakili (Harith Iskander),” katanya.
Pada Jun lalu, Rosmah memfailkan samannya itu mendakwa pelawak itu memaparkan imej makhluk halus, sebelum memaparkan gambarnya ketika persembahan.
Sumber: Harian Metro