Bekas suami kepada pelakon Syida Melvin iaitu Shafiq Shaheen tampil menjelaskan mengenai video tular berkenaan dirinya.
Menerusi satu perkongsian video, Shafiq berkata dia tidak mempunyai akses rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dirumah serta mendakwa hanya Syida boleh melihat dari telefonnya.
BACA: Syatilla Melvin Seru Mangsa Lelaki Narsisistik Bangkit, Jangan Takut
“CCTV di rumah dikawal oleh Syida, ada pada telefon dia sahaja. Jadi, bila dia mahu melihat kekurangan kita atau mengambil sesuatu untuk pihak dirinya, dia boleh tengok semula CCTV dan rakam.
“Syafiq memang tak ada rakaman CCTV. Di rumah banyak CCTV, jadi dia boleh merakam keburukan saya,” katanya.
Sementara itu, turut menjadi perhatian apabila Shafiq membuat pendedahan mengejutkan mendakwa pernah dipukul bekas isterinya serta mempunyai rakaman berkenaan.
“Dan hari ini, memandangkan Syida dah post, saya nak buat satu statement iaitu Syida ini kaki pukul suami. Ya, Shida ni memang seorang yang kaki pukul suami dan banyak kali saya dipukul di muka, di badan, dan lain-lain lagi ya,” katanya.