Pelakon Syatilla Melvin meminta orang ramai membantu memujuk bekas adik iparnya, Syafiq Azim untuk keluar dari rumah yang pernah didiami bersama adiknya, Syida Melvin.

Menerusi satu hantaran di Threads, Syatilla berkata suaminya, Shaheizy Sam dan mereka adik-beradik yang akan menanggung sewa bulanan rumah baru termasuk segala bil.

BACA: Syatilla Melvin Seru Mangsa Lelaki Narsisistik Bangkit, Jangan Takut

“Semua orang tolong saya dan Sam pujuk Syafiq. Kami nak kutip sumbangan sewakan rumah untuk dia. Tolong guys pujuk. 

“Sewa bulan-bulan Sam akan tanggung, bil api air semua kami adik beradik akan bantu bayar sebab tahu kewangan dia tak ok. Tolong,” katanya.

Sebelum ini, Syida berkata dia terpaksa membuat siaran langsung mendesak bekas suaminya keluar dari rumah selepas beberapa bulan dia bersama anak-anak menumpang rumah ibu bapa serta kakaknya. 

×