Isteri kepada pelawak Amir Raja Lawak iaitu Nur Intan Syafinaz berkongiskan suaminya kini bergantung alat bantuan pernafasan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu semalam.
Memetik mStar online, Intan memaklumkan suaminya tidak ditidurkan seperti yang dilaporkan sebelum ini dan Amir kini hanya perlu berehat.
BACA: Amir Raja Lawak Tak Malu Jual Besi Buruk Cari Duit Tepi
“Sekarang Amir tengah rehat, jadi dia tak boleh bercakap sangat. Dia bukan ditidurkan, cuma bergantung kepada alat bantuan pernafasan buat masa ini,” katanya.
Semalam, pelawak Lando Zawawi memaklumkan Amir telah ditidurkan di ICU selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Menurut Lando lagi, kesihatan Amir mula merosot sejak beberapa hari lalu serta mempunyai penyakit asma sejak dari kecil. Sebelum itu, Lando berkata Amir sedang menunggu giliran untuk ke ICU.
Sumber: mStar Online