“Done Sayangku” – Dr Fie Dah Periksa CCRIS Suami Sebelum Kahwin

Pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah atau Dr Fie menyerahkan segala urusan kepada Allah mengenai ujian kehidupan. 

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Fie turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang hadir di majlis perkahwinannya bersama suami, Kapten Amrul Nizar.

BACA: Suami Dr Fie Tempah Satu Restoran Mewah Sambut Hari Jadi

“Apabila dunia dirasakan terlalu menekan, kembalikan hatimu kepada Allah. Dia Maha Mengetahui setiap perjuangan yang tidak pernah kamu lafazkan dan doa yang kamu bisikkan dalam kesunyian.

“Terima kasih semua yang hadir ke majlis kami. Paling penting, terima kasih kepada ahli keluarga dari pihak saya dan pihak suami. Kami tidak mampu melakukannya tanpa anda semua,” katanya.

Turut menjadi perhatian apabila Dr Fie dilihat membalas mesej beberapa individu di Threads termasuk yang bertanyakan adakah dia membuat semakan berkenaan status kewangan suaminya.

Sejak semalam hangat diperkatakan seorang wanita mendakwa sebagai bekas isteri suaminya, Kapten Khairul. Menerusi satu video, wanita itu mendakwa Kapten Khairul culas dalam menjaga anak serta pembayaran nafkah.

×